javascript:void(0)
Pakej Import Dari China

Sunday, January 16, 2011

Janda Yang Dahaga

Hasnah seorang janda kaya yang baru kematian suami akibat kemalangan
jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang
cantik.
Pada satu malam beliau begitu dahaga untuk minum kerana cuaca
panas. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur untuk
mencari air bagi menghilangkan dahaganya. kemudian beliau tidur
semula. TAMAT... (Habis tu, apa yang korang fikir?)

Akibat Tunjuk Pandai

Mamat ini amatlah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah
tersebut bolehlah tahan cunnya. Mamat ini pun tak kalah kacaknya.
Ngorat punya ngorat, tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah
bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat
ini pandai berlakon depan Pak Haji Dollah. Dia bukan main warak
lagi, berkopiah di kepala.
Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka semuanya berjalan dengan
lancar. Malam itu agak lewat sedikit keluarga Haji Dollah masuk
tidur kerana sibuk berkemas rumah selepas kenduri siangnya. Pasangan
Mamat dan Minah pun lewat jugalah masuk tidur. Agak terganggulah
juga kemanisan malam pertamanya itu.
Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidur, Pak Haji
Dollah mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi
rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap
untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun,
maklumlah malam pertama, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan
Pak Haji Dollah.
Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah, dia asyik
berbaring dek kerana penat, membetulkan urat-urat yang lenguh
semalam.
Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya itu solat sendirian
ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid.
Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai
solatnya dan memberi salam, Pak Haji Dollah pun menegur menantunya
Si Mamat tadi,
"Hai, Mat... kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat
jawab, "Eh, ya ke tiga rakaat? Rasa-rasanya dah cukup empat rakaat
tadi."
"Masya Allah..," mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah
tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Rupanya si Mamat ini
tak pernah sembahyang Subuh. Dia
tak tahu yang solat subuh tu dua rakaat. 

MANA BARANG YANG 'FREE'?

Bila suami balik kerja, isterinya suruh ke pasaraya untuk membeli
barang-barang dapur. Jadi pergilah si suami membeli semua barang-
barang yang dipesan.
Bila pulang ke rumah, isterinya mengambil beg-beg plastik dan
membawa keluar semua barang untuk disimpan. Isteri terjumpalah satu
tin marjerin. Di luar tin tu ada tulis ... FREE...
Isteri tanya si suami, mana benda yang 'FREE' ini? Kenapa tak
ambil? Suami katalah lupa hendak meminta benda itu tadi. Maka
isterinya pun menyuruh suami pergi semula ke pasaraya tersebut untuk
menebus benda 'FREE' itu.
Suami pun pergilah membawa tin planta tadi jumpa jurujual untuk
menebus benda 'FREE' yang tertulis. Bertengkarlah suami tadi dengan
jurujual terbabit. Jurujual itu kata benda 'FREE' itu ada dalam tin.
Suami kata mana boleh, dalam mesti tak ada punya.Dia terus meminta
dari jurujual.
Penyelia yang kebetulan lalu di situ dan terdengar pertengkaran
mereka. Apabila ditanya, dia pula dimarahi oleh si suami tadi. Si
suami berkenaan minta juga benda 'FREE' dari penyelia itu. Suami
tadi tunjuk tin planta yang ada bertulis 'FREE' itu. Supervisor tadi
belek kanan belek kiri tin planta tersebut. Dia membaca tulisan
berbahasa Inggeris itu ..CHOLESTEROL FREE...!!!

Monday, December 27, 2010

Teh Panas Teh Sejuk


Di suatu pagi yg menyinar..di warung kopi,terdapat seorang penduduk org asli yg ingin minum pagi di warung tersebut. apabila tuan warung ingin mengambil order..bertanyalah org asli ini.."berapa harga teh panas dan berapa pula harga teh sejuk"...jawab tuan warung.."teh panas RM0.70 ,teh sejuk RM 1.20..."..maka org asli tersebut meminta teh panas..
apabila teh panas telah sampai..cepat2 org asli tersebut meminumnya sampai habis....pelik tuan warung melihatnya....lalu beliau bertanya.."kenapa kamu minum terlalu cepat..tak rase panas ke..??"

jawab si org asli tersebut.."emm..mestilah kene minum cepat teh panas ni, kalau minum lambat nanti jadi teh sejuk, kene plak bayar Rm1.20..saya ada Rm 0.70 je.."..tuan warung pun tersengih...

Hj.Teepo

Al-kisah ada seorang usahawan yang sangat kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja nama perniagaan atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes.

Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar, pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya. Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dandisahkan akan padam dalam masa sebulan.

Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini. Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan didunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat,"jelas Hj.Teepo dengan genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya. "Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi.

Isterinya terdiam, tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku." Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo berbaring dikamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo.

"Bang",bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami,berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?" Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara,

"Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu,terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya masih ragu-ragu.

"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi.

"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang...."

"Astaghfirullah hal 'aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.

Tuesday, December 21, 2010

Menjana Pendapatan,Tanpa Produk,Tanpa Modal=Affiliate

Salam kawan2 semua.Hari ini aku nak syer satu maklumat berguna untuk korang semua.Sebelum tu aku nak tanya satu soalan,korang pernah dengar program affiliate tak?Tentu ada diantara korang yang dah tahu apa itu affiliate kan.

Ok,,bagi yang tak tahu,meh aku cerita sikit..affiliate ni adalah satu program mempromosikan produk orang lain.Tugas kita hanya mempromosikan sebanyak mungkin produk berkenaan.Dan apabila promosi yang kita buat tadi berjaya mendapat jualan,maka pihak owner produk tadi akan memberikan komisen kepada kita.

Selalunya pihak owner akan memberikan komisen sebanyak 50% dari harga jualan.Wow banyak tu..katakan kalau harga produk tu Rm100,maka kita akan diberi komisen Rm50....itu baru satu jualan.Tapi kalau 10 jualan,dah dapat Rm500....huhuhu!

Yang paling bestnya...program Affiliate ini selalunya pendaftaran adalah percuma...tak payah bayar satu sen pun.Selepas Daftar anda akan mendapat satu link referel untuk tujuan promosi produk berkenaan.Lakukanlah promosi secara berterusan...ada jualan baru dapat income.Best tau...tak payah buat produk,website banner dll.sebab segalanya telah disediakan oleh owner produk......

Mungkin anda kenal Saudara Rahman Basri.Beliau merupakan salah seorang affiliater dan juga pakar affiliate tempatan.Baru2 ini beliau telah melancarkan produk baru beliau iaitu Kursus Affiliate dalam bentuk video.Menurut beliau dalam kursus ini beliau akan membocorkan bagaimana menjana pendapatan ribuan ringgit melalui affiliate.Dari asas sehinggalah keperingkat advance beliau akan ajar.Beliau bukan cakap kosong..tapi dengan bukti pendapatan sekali beliau akan tunjukkan.

Kalau kawan2 nak usha2 atau nak try buat duit melalui affiliate Jom tengok klik Kursus Affiliate.

Jangan Benci Kucing

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah
dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu
jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan
itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela
seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing
terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah
lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya.
Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok
berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat
rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya,
Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi ,
Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam
karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya
sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 kami lalu dihumbanlah si
Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah
dengan siulan mengikut rentah lagu "Cindai" nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan
sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan
Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa
si Tompok, 20 kami dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya
mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja,
alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi
jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan
ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok,
segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok
dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.
Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh
suspen lagi berdebar-debar...

Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.

Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...

Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.

Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni!...