javascript:void(0)

Sunday, January 16, 2011

Akibat Tunjuk Pandai

Mamat ini amatlah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah
tersebut bolehlah tahan cunnya. Mamat ini pun tak kalah kacaknya.
Ngorat punya ngorat, tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah
bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat
ini pandai berlakon depan Pak Haji Dollah. Dia bukan main warak
lagi, berkopiah di kepala.
Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka semuanya berjalan dengan
lancar. Malam itu agak lewat sedikit keluarga Haji Dollah masuk
tidur kerana sibuk berkemas rumah selepas kenduri siangnya. Pasangan
Mamat dan Minah pun lewat jugalah masuk tidur. Agak terganggulah
juga kemanisan malam pertamanya itu.
Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidur, Pak Haji
Dollah mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi
rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap
untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun,
maklumlah malam pertama, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan
Pak Haji Dollah.
Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah, dia asyik
berbaring dek kerana penat, membetulkan urat-urat yang lenguh
semalam.
Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya itu solat sendirian
ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid.
Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai
solatnya dan memberi salam, Pak Haji Dollah pun menegur menantunya
Si Mamat tadi,
"Hai, Mat... kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat
jawab, "Eh, ya ke tiga rakaat? Rasa-rasanya dah cukup empat rakaat
tadi."
"Masya Allah..," mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah
tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Rupanya si Mamat ini
tak pernah sembahyang Subuh. Dia
tak tahu yang solat subuh tu dua rakaat. 

No comments:

Post a Comment