javascript:void(0)
Pakej Import Dari China

Thursday, August 19, 2010

Pengumuman : Kenapa Blog Yang Trafik Rendah Boleh Dapat Buffered Ads dari Nuffnang?

Salam..
Post kali ni adalah legasi dari post ala ala merajuk sebelum ni he3. Lanun dan beberapa blogger lain yang mengalami nasib yang agak tak baik bila, dah lama tak merasa buffered ads menenggek di laman blog kami. Lanun sebelum ni konfius kenapa sejak sebulan lalu tak da buffered ads langsung, walaupun trafik masih tinggi dan maintain 300 UV keatas setiap hari n performance buffered sebulan lalu pun ok. Lanun jugak percaya rakan blogger lain lagi gempak trafik dieorang lebih lebih lagi si Cikgu Dahlia dan Sop Riwayat Hidupku.

Lanun jadi tanda tanya bila blog blog lain boleh dapat buffered yang bersilih ganti kebelakangan ni. Eh eh napa ni, ingatkan trafik yang tinggilah yang leh dapat buffered ads bukan? Tapi sebenarnya tidak! Trafik tidak menjamin anda akan dapat buffered ads atau tidak sebenarnya. Mungkin ia syarat, tapi ia bergantung.


Lanun terus ajukan soalan pada pihak Nuffnang berkaitan misteri blogger nih. Soalan Lanun, Kenapa blog yang trafik rendah boleh dapat buffered ads, dan blog yang trafik tinggi tidak dapat dah sekarang? bawah ni adalah jawapan Mr.Robb Chew (Nuffnang Blogger Relations Executive) :
______________________________________________________________________________
Hi Lanunsepet,
Well, ads serving frequency are pretty much balanced to all Glitterati bloggers who have all criteria satisfied (placement of ad units, survey). That means if your blog and another blog has all the same criteria, but your blog has received 10 previous CPM campaigns before and the other blog has not had any, then the other blog will be selected for the campaign. This is to ensure that all our bloggers will get the fair share of wealth from our advertisers in general.

In addition, sometimes advertisers will also choose to buy ad spaces from smaller blogs to reach out to more number of blogs serving their campaign. Take for example if you have 5000 unique visitors a day. If the advertiser only has budget for 5000 unique visitors, they can choose to buy all 5000 from your blog, or they can buy ad space on 100 blogs with 50 unique visitors. That entirely depends on the advertisers\' decision.

Cheers,
Robb Chew
Blogger Relations Executive
Nuffnang Sdn Bhd
______________________________________________________________________________

KESIMPULAN NYA... :
1. Nuffnang akan pilih blog yang tak pernah merasa buffered ads, contohnya ada 2 blog sama, Blog A dan B. kalau Blog A dah merasa 10 buff ads sebelum ni, Nuffnang akan bagi Blog B pulak merasa buff ads. Supaya sama sama dapat merasa.
2. Ia jugak bergantung pada Pengiklan. Contoh kalau Nescafe target iklan 3in1 dieorang untuk 5000 UV visitor. Nescafe boleh pilih terus pada 1 blog yang ada 5000 UV visitor sehari. Atau Nescafe boleh pilih 100 blog kecil yang ada 50 UV visitor sehari = 5000 jugak.
3. Ia juga mungkin strategi Nuffnang nak elak blogger blogger dari melakukan klik klik ikalan tipu atau dikenali sebagai "fraud click".
Lanun puas hati dengan jawapan ini, dan ia adalah amat baik sekali, sebab ada blogger yang benar benar tegar tapi visitor nya tak banyak. Maka apa salahnya mereka merasa jugak Buffered Ads dari Nuffnang supaya kita sama sama merasa. Bukan monopoli satu golongan sahaja.

Walaupun begitu, Lanun masih berharap supaya Nuffnang tak lupa untuk senaraikan Lanun sekali untuk buffered ads untuk new campaign akan datang. Buff memang cara paling cepat nak naikkan pendapatan blog korang. Tak perlu fraud click, dan lagi tinggi trafik lagi masyuk korang akan dapat.

Nuffnang merupakan komuniti yang benar benar rapat dan ambil berat dengan komuniti blogger dibawah mereka. Jadi ini satu tindakan yang melambangkan keadilan pada blogger blogger yang rajin. Pada yang dah dapat buffered tahniah :-) Rezeki anda, teruskan menjadi blogger yang memberi manfaat pada orang lain.

Hidup Blogger!! .. tq Nuffnang..Nuffnang best!! (bodekkkk....he3) nak CPM!! nak Buff!!

Sumber Berita Dari Lanun Sepet.

Jadi Rajin2 lah cari Traffik ya....Jangan Malas Hahahahahahaha!!!!!!!!!

5 comments:

  1. boleh tak ammbaoi nak tau mcm mana iklan buffered tu dikira bayarannya.
    adakah bergantung pd klik juga
    atau
    hanya perlu trafik
    maknanya jika trafik tinggi maka bayarannya lg tggi ke?
    tq...

    ReplyDelete
  2. ia bergantung pada klik..bukan bergantung pada kehadiran visitor..

    ReplyDelete
  3. harap2 pas ni aku plak dapat.tak saba nk merasa

    ReplyDelete
  4. aku pun tak penah merasa BE walaupun trffc maenten 300 UV sehari.sedeynye

    ReplyDelete
  5. jangan sedih...kita cuba sama2...masih ada masa.heee

    ReplyDelete