javascript:void(0)
Pakej Import Dari China

Sunday, January 16, 2011

Janda Yang Dahaga

Hasnah seorang janda kaya yang baru kematian suami akibat kemalangan
jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang
cantik.
Pada satu malam beliau begitu dahaga untuk minum kerana cuaca
panas. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur untuk
mencari air bagi menghilangkan dahaganya. kemudian beliau tidur
semula. TAMAT... (Habis tu, apa yang korang fikir?)

Akibat Tunjuk Pandai

Mamat ini amatlah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah
tersebut bolehlah tahan cunnya. Mamat ini pun tak kalah kacaknya.
Ngorat punya ngorat, tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah
bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat
ini pandai berlakon depan Pak Haji Dollah. Dia bukan main warak
lagi, berkopiah di kepala.
Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka semuanya berjalan dengan
lancar. Malam itu agak lewat sedikit keluarga Haji Dollah masuk
tidur kerana sibuk berkemas rumah selepas kenduri siangnya. Pasangan
Mamat dan Minah pun lewat jugalah masuk tidur. Agak terganggulah
juga kemanisan malam pertamanya itu.
Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidur, Pak Haji
Dollah mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi
rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap
untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun,
maklumlah malam pertama, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan
Pak Haji Dollah.
Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah, dia asyik
berbaring dek kerana penat, membetulkan urat-urat yang lenguh
semalam.
Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya itu solat sendirian
ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid.
Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai
solatnya dan memberi salam, Pak Haji Dollah pun menegur menantunya
Si Mamat tadi,
"Hai, Mat... kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat
jawab, "Eh, ya ke tiga rakaat? Rasa-rasanya dah cukup empat rakaat
tadi."
"Masya Allah..," mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah
tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Rupanya si Mamat ini
tak pernah sembahyang Subuh. Dia
tak tahu yang solat subuh tu dua rakaat. 

MANA BARANG YANG 'FREE'?

Bila suami balik kerja, isterinya suruh ke pasaraya untuk membeli
barang-barang dapur. Jadi pergilah si suami membeli semua barang-
barang yang dipesan.
Bila pulang ke rumah, isterinya mengambil beg-beg plastik dan
membawa keluar semua barang untuk disimpan. Isteri terjumpalah satu
tin marjerin. Di luar tin tu ada tulis ... FREE...
Isteri tanya si suami, mana benda yang 'FREE' ini? Kenapa tak
ambil? Suami katalah lupa hendak meminta benda itu tadi. Maka
isterinya pun menyuruh suami pergi semula ke pasaraya tersebut untuk
menebus benda 'FREE' itu.
Suami pun pergilah membawa tin planta tadi jumpa jurujual untuk
menebus benda 'FREE' yang tertulis. Bertengkarlah suami tadi dengan
jurujual terbabit. Jurujual itu kata benda 'FREE' itu ada dalam tin.
Suami kata mana boleh, dalam mesti tak ada punya.Dia terus meminta
dari jurujual.
Penyelia yang kebetulan lalu di situ dan terdengar pertengkaran
mereka. Apabila ditanya, dia pula dimarahi oleh si suami tadi. Si
suami berkenaan minta juga benda 'FREE' dari penyelia itu. Suami
tadi tunjuk tin planta yang ada bertulis 'FREE' itu. Supervisor tadi
belek kanan belek kiri tin planta tersebut. Dia membaca tulisan
berbahasa Inggeris itu ..CHOLESTEROL FREE...!!!